|Home| |Music| |Games| |Download Songs| |Lyrics| |18SX| |TV(Live)| |PERMINTAAN LAGU| |FORUM|

Blogger Kick Start
Wednesday, May 2, 2007
ASSIGNMENT MINGGU KEEMPAT

Image Hosted by UjangMD
"Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut."
"Entry perlu dilengkapkan dengan gambar -gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)."

Seperti biasa peserta hendaklah menyiapkan tugasan yang diberikan selewat-lewatnya pada 3 MEI 2007 (KHAMIS)(2PM). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan peserta terus tersingkir atau dengan bahasa kasar serta tidak ada ketamadunannya BERAMBUS ENGKAU DARI BKS tanpa pertimbangan dan perbincangan.

Minggu Keempat ini, BKS telah menjemput seorang Manager Artist. Siapa tak kenal dengan Vernon_Kedit Manager kepada Artist Ning Baizura. Beliau juga adalah juri untuk Rancangan Realiti TV (Cuba Tengok gambar beliau dan teka lah). Hubung-kait tentang diri beliau sila click => Vernon_Kedit

Sudah Minggu Ketiga BKS berlangsung, 2 peserta telah tersingkir. Kini seorang peserta lagi yang akan terkeluar dari BKS ini untuk Minggu Ketiga. Kita sedia maklum bahawa Assigment para peserta kali ini semuanya hebat-hebat belaka tetapi mungkin nasib kurang menyebelahi peserta ini. Hasil dari keputusan Advokat dan Hakim maka sebulat suara peserta yang harus meninggalkan BKS untuk Minggu Ketiga ini ialah seorang gadis yang kecil molek dari Terengganu iaitu Mouriey's (Waa... UjangMD pun orang Terengganu gak). Zila dan Milla menanti dirimu Mouriey's. Pergilah!! Kami di BKS berasa bangga dengan Mouriey's kerana beliau merupakan peserta yang baru menjinakkan diri dalam Blogger dan sanggup menyahut cabaran untuk menyertai BKS ini. Mouriey's, sila buat entry untuk ucapan terakhir kepada peserta BKS yang lain di blog anda. Kami di BKS ingin mengucapkan terima kasih di atas penyertaan anda serta teruslah memberi sokongan untuk BKS ini.

Berikut disenaraikan kedudukan 8 peserta BKS untuk Minggu Ketiga:

1.
Kriesz
2.
Kurt_Kuden
3.
Syawaludin
4.
Katarsis
5.
Bro_Rick
6.
Maliha_Anoushka
7.
Intan
8.
Mouriey's

Editor UjangMD Bercerita:: Ujang betul-betul tak sangka. Adakah Ujang bermimpi?? Adakah Ujang tengah berfantasi?? Ujang dapat SMS dari Puan Hakim (Kak Red), begini SMS nya.

"Ujang, boleh tak for this week tiada penyingkiran???"

Ujang terkesima dengan SMS Puan Hakim. Adakah Kak Red sudah gila kerana terlalu kerap membaca Assignment para peserta?? Di mana kekejaman dan sikap kuku besi yang di amalkan oleh Puan Hakim?? Di mana Zionisnya?? Siapakah gerangan yang telah membuatkan Puan Hakim berlembut hati?? Ujang semakin buntu.. Ujang semakin bingung kenapa Puan Hakim bertindak drastik sebegini. Lantas Ujang membalas SMS Puan Hakim.

Madam Red, setiap minggu pasti ada penyingkiran. Muktamad!!

Masih menjadi tanda tanya pada diri Ujang. Kenapa Puan Hakim mahu bertindak sedemikian rupa?? Ujang pelik.. Adakah Puan Hakim mahu bertukar WARNA?? MERAH kepada PINK??Terus Ujang SMS beliau lagi tanda tidak puas hati.

Madam Red, kenapa tak nak ada penyingkiran untuk Minggu Ketiga ni??

Akhirnya, terjawab sudah persoalan yang bermain dibenak fikiran Ujang. Termaktub sudah segala kekeliruan. Bila Ujang baca SMS Madam Red, datang pula rasa sayu dalam hati. Terasa ada benarnya kenapa Madam Red berlembut dan tidak mahu ada penyingkiran berlaku pada Minggu Ketiga ini. Namun Ujang tetap berkeras, setiap Minggu pasti ada penyingkiran. Itu sudah ketetapan BKS. Ujang tidak boleh bubarkan apa yang telah Ujang buat.

Peserta patut berasa bangga dengan diri masing-masing. Ujang ingin mengucapkan TAHNIAH pada semua peserta kerana berjaya melembutkan hati Madam Red yang begitu zalim dan berhati batu bersalut tembaga itu. Ringkas SMS Madam Red sampaikan pada Ujang...

Susah nak menilai Assigment Minggu Ketiga ni, semua buat dengan baik. Tak sampai hati akak nak keluarkan dia orang..

Jadi kesimpulannya, korang semua patut mendabik dada dengan Puan Hakim kita. Hehehehe. UjangMD turut rasa tempiasnya! Sekian!

P/S UjangMD:: Buatlah Assignment yang lebih baik dari sebelum ini. Tunjukkan kemahiran anda. Ingatlah "Orang lain boleh buat, kenapa kita sendiri tak boleh buat". Kuatkan semangat, tanamkan iltizam dalam diri anda. Jangan mudah mengalah!!

 
posted by Ujang_MD at 5:00 AM | Permalink |


1 Comments:


  • At 7:21 AM, May 02, 2007, Blogger Vernon Kedit

    1. I left some tips at my blog.

    2. If Madam Red and Tuan UjangMD are agreeable/kind-hearted, perhaps we could extend the submission date to Friday, instead of Thursday, since the assignment is rather 'meriah'?