|Home| |Music| |Games| |Download Songs| |Lyrics| |18SX| |TV(Live)| |PERMINTAAN LAGU| |FORUM|

Blogger Kick Start
Tuesday, April 17, 2007
KOMEN HAKIM & ADVOKAT (MINGGU PERTAMA)
Intan
Fiebie
I love the answer. Jawapannya tersusun dan padat, walaupun Intan melihat bulatan merah dari perspektif yang agak negatif, tapi dia ada pendapat yang bernas mengenainya. Thinking out of the box, Intan Kamaruddin berjaya mengaitkan bulatan merah itu dengan perkara harian yang biasa di alami di sekolah dulu. Ini menjadikan karyanya agak menarik. Pengunaan bahasanya baik dan grammatis. Pendek tapi padat.
Hakim
You are brilliant! I like your style of writing, akak sukakan kepercayaan kau in presenting your assignment. But akak kena baca sampai 3 kali then only sampai the feeling, engkau paham tidak soalan ni Intan? Gaya kau kan, macam memang tidak paham tapi ko pretend like knowing it. Pandai ko kan berpura-pura. I like your last para, it touches my mother's heart. Ingat Intan, you will be leaving soon if u keep on main-main in your writing. More lagi ye. (Eh I'm not wandering away from topic, am I? Hold on I'm there I'm there.) - this kind of ayat, tidak payah lagi pakai in your next entries ok dik?


Zila
Fiebie
Zila menulis entrinya seperti sedang berborak dengan diri sendiri. Pengunaan titik (….) yang banyak sebenarnya tidak membantu, salah dari segi tatabahasa dan menganggu pembacaan. Tapi mungkin ini adalah caranya tersendiri yang memberi keselesaan kepadanya. Tapi berbalik kepada persoalan sebenar, Zila gagal melihat soalan sebagai sesuatu yang mencabar dan setakat mengulas apa itu lingkaran merah. Dia gagal memberi jawapan yang saya kehendaki, atau sekurang-kurangnya apa yang saya inginkan.
Hakim
Totally out!!! This is an entry out of the world. You are not thinking out of the box at all. I have read your previous entries before the BKS starts and it seems like you love to hide behind the scene, tapi rupa-rupanya dalam entry assignment ni pun kau tak nak open out langsung. Adik, it s time for you to go??


Kurt_Kuden
Fiebie
Kalau tak silap, ada satu gambar dalam entri terbarunya mengingatkan akak dengan seorang pelajar akak yang kini membuat kursus perubatan di Universiti Gadjah Mada. Anyway, kehebatan Kuden adalah pengunaan bahasanya yang agak berseni, pemilihan kosa kata yang baik dan penyusunan idea yang teratur. Ini menunjukkan satu sifat seorang “thinker” dan seorang yang berkeperibadian yang tinggi. Juga thinking out of the box, Kurt melihat lain dari lingkaran merah dan titik di dalam bulatan, tetapi melihat latar putih di antara lingkaran. Kemudian beliau memberi contoh yang berkaitan dari apa yang difahami. Menjadikan entrinya begitu menarik, dan mempunyai nilai. I love it.

Hakim
Ko ni orang Melaka ke? Akak ada sedara- mara yang suka pakai sebut ganti-nama diri as kawan, UjangMD doesnt like your kawan thingy ni, but pedulikan dia, bukan dia main judge juries kat sini kan.(Kesian aku.. editor pun kene nih, ko ingat peserta je ker yang kena??) So anyway, i love reading yours, when i read your entry - I understand apa yang ko cuba nak huraikan. Last person submitting the assignment doesnt mean that you are the first person to go off, reverse it back, kalau kau paham maksud akak yang berkias ini. Please dont get so excited, keep it up but for the next one,and please elaborate more details, buat panjang-panjang takper,akak suka baca janji terus kena kat hati akak.


Katarsis
Fiebie
Aiyoo, abstract sangat jawapannya ni. Melihat titik hitam dan bulatan merah sebagai dua kelompok yang berbeza, yang sering menguasai atau merasakan diri mereka lebih baik dari satu lagi. Kedua-dua kelompok mengalami masalah etnocentrisme yang merasakan golongan mereka lebih baik, tetapi tidak dinyatakan samada perbalahan ini adalah mengenai politik, perkauman atau sebagainya. Pembaca santai mungkin tidak begitu meminatinya, pembaca yang agak intelligent mungkin merasa bingung dan keliru dengan tulisannya. Bahasanya sangat baik, tetapi susunan logic dan idea dari satu ayat ke ayat lain dalam perenggan pertama dan kedua kadang-kala irrelevant. Itu pendapat saya lah. Untuk blog entri ia adalah baik, untuk entri majalah, ia perlukan editing.

Hakim
Umur ko 27 tahun kan? Great! I like this boy. Perjalanan cerita engkau amat luas, i enjoy reading yours. Walaupun entry kau ni tak ada unsur hiburan and lawak jenaka,tapi betul-betul kena kat dot merah of the dart box. Kau buat akak begitu terhayun dengan kata-kata alunan hitam biru merah tapi penuh makna. Tapi ko jangan terlalu selesa dengan this kind of writing selamanya, pelbagaikan. cara penulisan kau ini like my first few assignments dalam BLOGGER IDOL dulu, simbolik tapi berisi. Next time, make it relax lagi ye. This one, macam membaca berita dunia je akak rasa, so pelbagaikan lagi kehendak pembaca engkau, specially your akak merah. Good job.



Kriesz
Fiebie
To me this is the best answer untuk penulisan blog. Kriesz melihat soalan dari satu pandangan yang sangat berlainan. Ini bukan setakat thinking out of the box, tapi thinking out of the universe. Sapa boleh terfikir jerawat bila melihat soalan seperti ini. Ini adalah penulisan blog. Kriesz tahu ini adalah blognya, garap soalan dengan apa yang dia lalui sendiri. Fantastik. Walaupun ringkas, entri ini mempunyai nilai nya yang tersendiri, santai, sedikit lucu dan menarik.

Hakim
Kriesz!!! Eja Assignment kat tajuk pun dah silap!! Kau ni memang malas buat assignment kan? Ni baru first time, tapi dah buat akak pijau ngan kau. I am giving you another round coz I believe in you. Akak tau ko gatal tangan nak masuk contest ni, tapi tak bolehkah kalau dah alang-alang kau dah on stage, present it as better as you can? Next time, if i see lagi writing pemalas macam ni, you are next to go. Adik, muka kau cantik dik, bagilah power sikit kat muka yang cantik tu with good entry. Last warning to you! Oh no last warning, u are ready to go now!!


Milla
Fiebie
I am more interested to read the dialog of her friend and hers. I was wondering something interesting would come out. But, she did not answer the question, but she came out with another idea. She is holding a red pen. Then she explains the significant. As exorbitant and ridiculous as it may be, she got a point. And I like her style of writing. I want to see more.
Hakim
Ni lagi sorang buat aku sakit hati. Pemalas!! 2 ayat kau je yang buat akak terpegun, that you are talking out of the box, meaning kau memang relatedkan red life itu with what i want. What are you budgeting? The script version is yes.. yes.. yang menyelematkan kebosanan pembaca, but the rest is definitely out. Akak tak nak lagi baca anyone of you tulis benda-benda yang merendahkan diri, so that the judge and the juries will feel symphaty on you. enaf said, adakah kau selamat minggu ni??. Kalau macam ni lah presentation kau for the next assignment, wohooooo, you are in danger girl. This week - kau kena dihantar pulang!


Mouriey's
Fiebie
Pink over white, a absolute no no ya dek non kalau nak tulis blog. Terbongkang biji mata akak nak baca penulisan kau. Dan bila dah penat dan terseksa membaca sampai abis, akak tak tahu apa pun ko tulis. Setakat bagi contoh beberapa bulatan dan titik. Nasib baik kendian ko bagi explaination sikit pasal pertelingkahan dari kecil boleh jadi besar. Just below average lah deknon.

Hakim
Font colour!! I told Ujang to inform you bout the font tapi antara dia tak habak kat ko or ko memang tak ambil initiative to change it. Tukarkan size kaler font untuk entry assignment BKS kau to black preferably since ko nye b/ground dah over light sangat ye dik. So your entry, sama lah dengan yang 2 orang lagi tu, membosankan! Engkau punya gambar dot-dot merah tu lagi besar dan panjang dari ko punya explanation tau tak?? Enaf said, bai bai Mouriey.


Syawaludin
Fiebie
Sama seperti Milla yang memfokus kepada perbuatan membuat bulatan, dan bukan bulatan dan titik itu sendiri. Mungkin, seorang yang terarah kepada sains lebih menekankan kepada perbuatan dan dan eksperimentasi, dan bukan kepada pentafsiran secara abstract sesuatu issue. Itu pandangan saya bila membaca bahagian pertama. Bila saya meneruskan pembacaan, entri ini semakin menarik. Apa pun penulisan kamu agak istimewa dan saya suka dengan penemuan kamu. Sangat-sangat menarik. Void is inevitable. Ko memang kreatif sebenarnya. I just simply love it. Fantastic.

Hakim
Bla bla bla bla...kau citer apa ni? Yang aku paham the last few sentences tu jer, yang sedap ayunan mata aku ni ha terus melekat, the rest - zero. Banyak mana zero yang ko letak, banyak tu lah zero yang akak nampak kat assignment kau. I want the last part lagi banyak dari the top para zero -zero numbers tu semua, if not, You will get zero next time.


Bro_Rick
Fiebie
Wah, macam-macam penjelasan tentang bulatan, sifat bulatan dan jenis-jenis bulatan. Tapi saya rasa kamu tidak menjawab soalan kot. Sebab soalan ini adalah soalan psikologi nak melihat pandangan anda bila anda melihat titik dan bulatan. Tapi bro rick buat tak salah. Betul juga penjelasan anda, tetapi tidak melihat dari segi estetika, tetapi melihat dari segi bentuk bulat itu sendiri. Terlalu straight forward gitu. Alangkah baik jika kesimpulan anda itu dijadikan tema utama dalam penulisan di mana anda menerangkan tujuan hidup, perancangan dan sebagainya. Itu akan menjadikan penulisan anda lebih menarik.

Hakim
Panjang meleret...ada point tapi tak banyak. Nampak kau buat keje ni bersungguh-sungguh, berperingkat kau punya explaination. Tapi akak tidak rasa kau selamat dengan jawapan kau ni, you are not really answering the question. Akak tak suka baca kau punya last para tu. Kenapa kena ada rasa stand for being attacked? I dont want you guys to put a comfort pillow kat depan muka korang lagi, akak tak nak ada lagi ayat-ayat macam tu, I dont give a damn if you want to kipas the juries, no way for me to entertain, but kalau kau buat lagi entry yang ada those ayats, nyah kau dari sini Rick.


Maliha_Anoushka
Fiebie
I just love her entry. Menarik sangat nak baca pun best. Membuka persoalan dengan dua contoh yang berbeza, kemudian memberi penjelasannya tersendiri tentang perkara tersebut. Maliha melihat dari berbagai aspek sesuatu isu tersebut. Bahasa dan persembahan yang menarik, mudah baca dan mudah difahami. I love it.

Hakim
Writing is the journey of emotions! I love your writing so much, and you know how to tackle the situation. Akak baca and baca, dari sudut pembaca biasa, dari sudut seorang kakak and dari sudut seorang hakim. Tapi dik, jangan berasa cukup selesa dengan pujian yang melambung tinggi, I hope to see you around but if you fail to win my heart in your next assignments, nasib kau mungkin terumbang- ambing. Anyway, Jury kau Kak Red mana? JURY KAU KAK RED MANA??? JURY KAK RED???

To all contestants:

Telah dikatakan di dalam soalan itu, that question is tidak banyak, ada berkenaan dengan the main judge, but i must say - none of you have related it to her. NONE!!! The clue dah diberi, which u just need to find it, dig in from somewhere, but no hard homeworks yang korang buat to win my heart.

By the way, I know you ve worked so hard to write this entry, I know the soalan is deeply hard to understand, hanya yang berpikiran luar dari jangkauan sahaja yang boleh menambat hati akak. I congratulate all of you for making this assignment sebagai satu cabaran yang melayakkan korang stand to your own judgement. Kalau ada katakata akak yang mendalam, ambil sebagai iktibar, you guys have your own followers so i want you to keep it up, buat lagi more harder.

You will see ada banyak perbezaan judgment yang Hakim and Jury bagi, but please bear in mind, kalau kau letak 10 orang pun, akan 10 orang memberi pandangan dan pendapat yang berbeza, so thats im sure the feedback from the juries and the main judge will be berbeza for each one of you. Again, I want to remind all of you, do not make any speculation for things that you are not sure, ask that person politely, if you make a personal attack to that person, people will not judge the person that you ve attacked, but you are the one orang akan kata-kata and carik pasal. I ve been sitting and monitoring all of you, you may not realise that your writings walaupun bukan related to the assignments, but it will give some impacts to the judgement.

For the one yang leaving us today, it's not that you are not a good contestant, but entry engkau tak buat akak merah kau ni seronok membacanya. But hey, think positive, you have lots of frens here, either you want to accept them or block them from your blogging world. As i said again, dont hate me for kicking you out, but hate your entry for not selling it too high to me.

Salam Kak Red dan UjangMD sekali!!
 
posted by Ujang_MD at 5:00 AM | Permalink |


0 Comments: