|Home| |Music| |Games| |Download Songs| |Lyrics| |18SX| |TV(Live)| |PERMINTAAN LAGU| |FORUM|

Blogger Kick Start
Wednesday, May 23, 2007
ASSIGNMENT MINGGU KETUJUH


Nyatakan 5 sebab KENAPA dan MENGAPA anda perlu dan layak ke final of BKS (it s time for you to sell off yourself, supaya Kak Red memilih anda ke Final)

3 alasan MENGAPA ke enam-enam peserta yang telah terkeluar, pada anda langsung tidak layak untuk ke final dan memang keluarnya mereka dari BKS adalah sesuatu yang wajib dan digalakkan.

Sekiranya anda dikeluarkan dari BKS, siapakah dari 6 peserta yang terkeluar, yang layak berada di kerusi Final BKS? Berikan juga sebab KENAPA dan MENGAPA anda memilih peserta tersebut.


Seperti biasa peserta-peserta hendaklah menyiapkan tugasan yang di berikan selewat-lewatnya pada 24 MEI 2007 (KHAMIS) (2PM). Kegagalan para peserta berbuat demikian secara automatiknya peserta tersebut terkeluar dari Program BKS ini. Sebanyak mana alasan yang diberikan kami di BKS hanya akan membisukan mulut, memekakkan telinga, membutakan mata dan membatukan hati dengan setiap alasan yang di kemukakan oleh peserta. Harap Maklum.

Kali ini BKS dengan sukacitanya menjemput Abang Mat Redo1 sebagai Advokat atau Juri Jemputan untuk Assignment Minggu KeTujuh. Segala maklumat tentang diri beliau sila click ==>Abang Mat Redo1

Sudah 6 Minggu BKS berlangsung, 5 peserta sudah terkeluar dari Program BKS. Yang berbaki hanya tinggal 5 peserta. Namun di Minggu Keenam ini seorang lagi peserta terpaksa akur dengan keputusan Advokat dan Hakim untuk meninggalkan BKS bagi Minggu Keenam. Sudah separuh perjalanan, pasti ada rasa sedikit terkilan tapi sudah lumrah pertandingan"ada yang kalah dan ada yang menang". Dengan rasa sayu di hati, UjangMD mengumumkan peserta yang terkeluar pada Minggu Keenam ini ialah Bro_Rick.

Selamat Tinggal Bro_Rick.Kami di BKS, terutama UjangMD sendiri kagum dengan kegigihan Bro_Rick menjalankan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Paling UjangMD respected apabila Bro_Rick selalu smsed UjangMD berkaitan BKS. Di sini UjangMD dapat melihat kesungguhan Bro_Rick dalam memberi intipati yang berkesan dalam setiap assignment yang Bro_Rick persembahkan. Syabas buat Bro_Rick. Pastikan anda terus menyokong BKS, walaupun anda telah tersingkir di dalam Program BKS ini. Ingatan pada Bro_Rick, sila lampirkan satu entry khas (ucapan terakhir) untuk peserta- peserta BKS yang lain. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga BKS buat Bro_Rick kerana sama-sama memeriahkan Program BKS ini. Buhbye Bro_Rick.

Berikut senarai ranking peserta bagi Minggu Keenam:


1.
Syawaludin
2.
Intan
3.
Maliha_Anoushka
4.
Katarsis
5.
Bro_Rick

UjangMD Berpesan:: Setiap Assignment yang diberikan memberi impak yang maksima bagi peserta, advokat dan hakim. Assignment kali ini UjangMD namakan sebagai "Assignment Membunuh Diri Sendiri". Berhati-hatilah dengan setiap sentuhan anda. Sudah jauh anda semua melangkah... "Tepuk dada tanyalah selera". Sekian!!
 
posted by Ujang_MD at 5:00 AM | Permalink |


0 Comments: