|Home| |Music| |Games| |Download Songs| |Lyrics| |18SX| |TV(Live)| |PERMINTAAN LAGU| |FORUM|

Blogger Kick Start
Friday, June 1, 2007
IKLAN BKS 2
BKS tidak mengumumkan siapa peserta yang menduduki anak tangga yang pertama pada 1st final assignment minggu lepas. Cukuplah disini kami di BKS mengumumkan peserta yang dapat menambat hati advokat dan hakim ialah peserta lelaki. Siapakah peserta lelaki yang bertuah tersebut?? Adakah Katarsis?? Ataupun Syawaludin?? Berteka-tekilah dahulu sesama sendiri. Apa yang pasti kami di BKS tetap merahsiakan dahulu sementara menunggu Assignment terakhir para peserta setelah di kritik oleh advokat dan hakim. Buat semua peserta, sekali lagi di ingatkan assignment yang lepas sedikit sebanyak mempengaruhi pemarkahan keseluruhan bagi assignment terakhir ini. Jadi di sini kami di BKS mengwar-warkan sekali lagi.. andai peserta begitu cemerlang sekali assignmentnya bagi minggu terakhir ini tidak mustahil rankingnya di anak tangga teratas. Ingat.. buat sehabis yang termampu. Semoga berjaya.



UjangMD Info:: Rasanya lebih seronok kalau assignment peserta berbentuk "humor". Mesti tak puas di baca walaupun beberapa kali membacanya. Itu pendapat Ujang cuma. Setiap pembaca berlainan citarasanya. Buhbye!!
 
posted by Ujang_MD at 5:00 AM | Permalink |


0 Comments: