|Home| |Music| |Games| |Download Songs| |Lyrics| |18SX| |TV(Live)| |PERMINTAAN LAGU| |FORUM|

Blogger Kick Start
Friday, May 18, 2007
ASSIGNMENT MINGGU KEENAM DI TUTUP
Secara langsungnya di umumkan, Assignment Minggu Keenam di tutup kini. 5 peserta berjaya melaksanakan tugasan dengan jayanya. Pastikan anda semua tidak ketinggalan untuk melihat komen dari Advokat Dan Hakim pada 21 MEI 2007 (ISNIN) (2PM). Di ingatkan sekali lagi, segala komen dari Advokat dan Hakim tidak boleh dipertikaikan. Jika ada rungutan sekalipun, kami di BKS hanya akan membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja. Harap Maklum!!

Tinta UjangMD:: Hannan, kami di BKS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian anda menjadi Advokat untuk Minggu Keenam ini. Kami di BKS cukup terharu dengan kesudian anda meluangkan sedikit masa untuk BKS, walaupun sibuk dengan Final Exam!! Terima Kasih sekali lagi.

Ulasan UjangMD:: Bentuk Assignment Minggu ini tidak terlalu formal. Seperti kata Madam Red, beliau mahukan sesuatu yang meriangkan ketika para peserta membuat Assignment masing-masing dan beliau sendiri terhibur apabila membacanya. Masih terngiang-ngiang di telinga Ujang kata-kata Madam Red ini "Pasti peserta duk memuji bagai nak rak kesemua Advokat". Jadi tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal muncul nanti heehhee!!Chow!!!
 
posted by Ujang_MD at 5:00 AM | Permalink |


0 Comments: